aszmyda.blogspot.com

aszmyda.blogspot.com

Thursday 15 September 2011

pEsAnAn BuAtMu UnTuK tErAkHiR KaLiNyA

awak...
pulanglah..
pulang untuk kebaikan semua..
pulang untuk tunaikan tanggungjawab awak sebagai anak..

ingatlah awak..
keluarga itu yang utama..
jangan disebabkan orang luar seperti saya..
awak melukakan hati orang yang selama ini berada di samping awak..
orang yang terlalu beharga dalam diri awak..

sedarlah..
teman boleh dicari..
tetapi...
keluarga tidak boleh ditukar ganti..
mereka yang utama..
jangan awak terus melupakan jasa yang telah mereka taburkan selama ini..
hanya kerana seseorang yang baru awak kenali..

hayatilah..
dengan sebaik baiknya..
mungkin sahaja di sebalik semua ini ada hikmah yang terbesar buat awak..
awak mendapat restu orang tua..
awak dapat meneruskan pengajian dengan gembira..
awak dapat melihat senyuman ibu bapa awak..

jadilah anak yang soleh..
syurga itu di bawah telapak kaki ibu..
tidak salah awak menyempurnakan harapan yang sekecil itu...
kalau hendak dibandingkan keinginan awak yang sudah banyak kali mereka tunaikan..

jalani hidup awak dengan sebaik mungkin..
akan muncul seseorang yang lebih baik dari saya..
untuk mewarnai hidup hidup seharian awak..
orang yang mampu mengubat luka di hati awak..
dan paling penting seseorang yang dapat diterima dengan tangan terbuka oleh orang tua awak..

maafkan saya awak..
segala yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan awak..
kalaulah boleh..
secuit pun saya tidak mahu awak terluka..
saya hanya mahu melihat awak gembira..
cukuplah setakat ini..
jalani hari hari awak dengan senyuman..
kerana hanya senyuman awaklah yang mampu mengembirakan hati saya..

harapan saya..
semoga tindakan yang saya lakukan ini akan mengurangkan bebanan awak..
akan mengurangkan derita awak..
saya harap dengan semua ini..
awak akan membenci saya..
saya sudah tidak peduli anggapan awak terhadap saya..
asalkan hari hari awak yang bakal menjelma..
akan disirami warna warna kegembiraan..

selamat tiggal awak..

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK ASZMYDA