aszmyda.blogspot.com

aszmyda.blogspot.com

Thursday, 6 October 2011

lOve you..


Kasih
tersenyumlah bersamaku
menerbangi angkasaraya untuk mengintai dunia kasih
untuk melihat kehijauan rindu
kerana cinta kita tercipta..terbentuk bersama keindahan alam
masihkah dirimu ingati pantai yang pernah kita susuri?
masihkah dirimu mengingati nyanyian indahmu di hadapan ku?
indahnya alam rindu kita
yang sentiasa menemani mimpi kita berdua
SAYANG
temanilah diriku disepanjang liku perjalanan ini
hanya dirimu yang menetap dan mendiami
didalam istana cinta hati ku ini
kerana didalam hidupku
hanya dirimu yang kucinta
hanya dirimu
yang menyentuh naluri ku
bermesra dan bermanja dengan dirimu
cintamu telah membuka pintu-pintu yang menyegar
pintu kebahagiaan dan kerinduan
umpama bunga yang mekar didalam hidupku
yang menyebarkan aroma cinta
Cintamu telah membawa keindahan
Tetaplah mewangi dalam hidup ku

ku amat merinduimu sayang..
ku kan nanti kehadiranmu disisiku..
dihatiku kini bersemarak dengan rindu yang tidak terungkap..
kasihku..
ku amat merindumu..
Comments
1 Comments

1 comments:

  1. didalam hati b adalah milik bby...
    cinta kita tidak pernah padam..
    dalam cinta kita b dh selitkan kata-kata cinta agar bby tahu b sayangkan bby..kita akan sentiasa bersama dalam susah dan senang..b juga rindukan bby..
    hati ini telah ditawan bby..
    cinta b milik bby..
    b sayangkan bby...

    ReplyDelete

COPYRIGHT SEGALA YANG TERCATAT DIATAS SEMUANYA HAK MILIK ASZMYDA