"AKU DAN DIA" blog si dia...
yg m'cerita kn kisah aku dan dye...
sgala suka duka...
sume t'ctat di dlm nya..
ari nie 14/12/2011....
dye remove post dlm blog nya...
cdey aku xdpt d gambar kn...
itu la stu2 nya ksah cnta aku gan dye
...
hmm..aku cuba b'baik tp ape kn daya dye ttap xdpt mnerima ku...
aku xtaw mne clap aku...
Wednesday, 14 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Sunday, 11 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati?

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju. Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?
Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]
Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.
Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.

5 perkara kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu-bapa.

Persoalannya kenapa ramai dikalangan kedua ibu bapa yang tidak merestui hubungan cinta anaknya sedangkan calon menantu yang ditunjukkan bukannya seteruk mana yang disangkakan. Jika perkara demikian terjadi kepada anda, disini saya ada senaraikan 5 perkara kenapa hubungan cinta tidak direstui oleh kedua ibu-bapa. Semoga ia boleh dijadikan rujukan kepada anda nanti :
- Ibu bapa kita telah mempunyai pilihanya sendiri :
Walaupun secantik mana gadis yang kita bawa pasti tidak akan diterima oleh ibu bapa kita kerana mereka telah memilih atau mempunyai jodoh yang sesuai dan mungkin juga telah berpakat sesama rakan-rakan atau saudara-mara yang akan satukan kita dengan anaknya apabila meningkat dewasa.
- Status yang berlainan :
Perkara ini sering terjadi pada masyarakat kita sekarang, dimana kedua ibu bapa sangat mementingkan status pada menantunya. Tidak kira status dalam apa juga sekalipun seperti status negerinya, status agamanya, status taraf ekonominya, status perkahwinan dan sebagainya.
- Jarak usia yang berlebihan ;
Sebenarnya cinta tidak pernah mengenal erti usia jika sudah ditakdirkan dia adalah jodoh kita walaupun usianya melebihi daripada kita sendiri kerana ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Cuba lihat bagaimana Baginda Rasullulah yang usia 25 tahun berkahwin dengan Siti Khatijah yang usia 40 tahun dan hidup bahagia tetapi masih juga tidak boleh diterima segelintir ibu-bapa kita.
- Tidak pandai mengambil hati
Mungkin kedua ibu-bapa kita telah berusia 50 tahun keatas dan mungkin mereka juga mengalami perubahan dari segi emosi atau sedikit sensitif. Oleh itu pasangan kita haruslah pandai untuk mengambil hatinya supaya mereka dapat menerima pasangan kita seadanya.
- Tiada adap pada orang tua
Ini perkara yang paling dititik berat oleh kedua ibu-bapa kita, walaupun pasangan kita tidak secantik mana, tidak memiliki kekayaan atau sebagainya kerana itu semuanya tidak dipandang oleh kedua ibu-bapa kerana yang menjadi keutamaanya adalah adap dan tatasusila yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga pada masa akan datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)